Anda sudah mempunyai akaun? Tahniah! Artikel ini akan membantu terangkan cara log masuk ke aplikasi Roczen. Sekiranya anda pengguna baru, anda perlu mencipta akaun terlebih dahulu dan sila rujuk artikel ini.
Log Masuk
Pada skrin pengenalan, klik Log Masuk.
Masukkan nombor telefon bimbit anda.
Masukkan kata laluan anda.
Anda perlu mengesahkan nombor telefon dengan memasukkan kod 6 digit yang dihantar kepada anda. Setelah berjaya memasukkan kod, klik Teruskan.
Jika kod adalah betul, anda akan berjaya log masuk.
Lupa Kata Laluan
Jika anda lupa kata laluan, anda masih boleh log masuk sekiranya anda mempunyai nombor telefon yang didaftarkan dengan akaun anda. Pada skrin pengenalan, klik Log Masuk dan masukkan nombor telefon anda seperti yang diminta.
Apabila kata laluan diminta, klik Lupa Kata Laluan.
Sahkan nombor telefon anda dengan memasukkan kod 6 digit yang dihantar kepada anda.
Sahkan tarikh lahir anda.
Anda kini boleh mencipta kata laluan baru.
Log masuk dengan kata laluan baru.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi kami di [email protected]



