Semasa dalam program Roczen, penghantaran ukuran secara berkala membantu anda memantau kemajuan kesihatan anda.
Anda boleh menghantar ukuran untuk:
Berat
Pinggang
Tekanan darah
HbA1c
Glukosa darah
Mood
Cara menghantar ukuran
Pergi ke halaman Saya dan pilih tab Gambar Keseluruhan.
Skrol ke bahagian Ukuran dan klik Tambah Bacaan pada ukuran yang dikehendaki.
Masukkan bacaan anda, masa dan tarikh. Anda juga boleh memilih unit pilihan anda.
Klik Simpan, kemudian Ya, hantar untuk sahkan.
Melihat kemajuan dan rekod terdahulu
Untuk melihat kemajuan yang telah anda capai, semak senarai rekod ukuran yang telah anda masukkan ke dalam aplikasi sebelum ini.
Di tab Saya, cari modul ukuran yang diingini dan klik tajuk modul untuk lihat senarai rekod yang lepas.
Tekanan Darah
Bacaan tekanan darah mengandungi dua bahagia: Sistolik & Diastolik. Pastikan anda masukkan kedua-dua bacaan.
Mood
Gunakan peluncur untuk menunjukkan perasaan anda. Anda juga boleh menulis nota untuk memberi konteks yang lebih lanjut.





