Langkau ke kandungan utama

Sertai Janji Temu

P
Ditulis oleh Peter Yee

Apabila tiba masanya untuk menyertai Janji Temu, anda boleh temui kan Janji Temu di Laman Utama, di tab Janji Temu:

  • Di bahagian Janji Temu Akan Datang, anda akan lihat kad jemputan.

  • Klik Sertai Sekarang pada kad jemputan. Butang Sertai Sekarang akan muncul 5 minit sebelum janji temu bermula.

  • Anda boleh laraskan video dan mikrofon jika perlu dan sahkan.

  • Jika doktor anda belum sertai panggilan, anda akan memasuki ruang menunggu. Panggilan akan bermula sejurus selepas waktu Janji Temu yang ditetapkan.

  • Panggilan akan bermula serta merta jika doktor anda sudah berada dalam panggilan.

Petua Janji Temu

Untuk memastikan panggilan video Janji Temu anda berjalan lancar, anda perlukan:

  • NRIC atau kad MyPR anda.

  • Sambungan internet Wifi atau 4G yang baik

  • Tempat yang sesuai di mana anda boleh berbincang tentang kesihatan anda

Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk sertai panggilan video, sila hantar mesej kepada doktor anda.

Memberi akses untuk kegunaan mikrofon dan kamera

Untuk sertai video Janji Temu, anda perlu beri akses kepada aplikasi Roczen untuk menggunakan mikrofon dan kamera peranti anda. Jika anda belum memberi akses, anda boleh gunakan langkah-langkah di bawah.

Android:

  • Cari halaman Tetapan di peranti anda.

  • Pilih Aplikasi daripada senarai pilihan

  • Pilih Roczen and kemudian akses/kebenaran

  • Pastikan anda beri akses kepada Mikrofon dan Kamera.

iOS:

  • Cari dan klik aplikasi Tetapan di peranti anda.

  • Klik Privasi dan Keselamatan.

  • Klik Mikrofon atau Kamera.

  • Cari aplikasi Roczen dalam senarai dan togol suis di sebelah ke On untuk memberi akses.

Menamatkan Janji Temu

Untuk tamatkan panggilan, klik butang tutup panggilan, yang berwarna merah dengan ikon telefon, terletak di sudut kanan bawah skrin.


Adakah ini menjawab soalan anda?