Langkau ke kandungan utama

Panduan tentang Kumpuan Saya

P
Ditulis oleh Peter Yee

Kumpulan adalah saluran mesej yang diketuai Mentor dan disokong oleh rakan-rakan dalam aplikasi Roczen

Kumpulan menghubungkan Mentor dan Peserta antara satu sama lain, untuk menggalakkan interaksi melalui mesej bertulis dan menerima artikel dan rujukan terpilih.

Perbualan Kumpulan Saya

Setelah anda dimasukkan ke dalam Kumpulan, anda boleh cari saluran perbualan Kumpulan saya di Laman Utama, di tab Perbualan.

Klik untuk buka perbualan.

Maklumat kumpulan

Anda boleh temui maklumat ringkas tentang kumpulan perbualan dalam bahagian panduan Kumpulan seperti nama Mentor anda, nama rakan-rakan anda dan pautan penting untuk maklumat lanjut. Untuk mulakan:

  • Buka Kumpulan saya.

  • Klik ikon ℹ️ di penjuru atas kanan.

Respon kepada mesej dengan emoji

Anda boleh respon kepada mesej menggunakan emoji dalam Kumpulan dengan:

  • Klik Kumpulan Saya untuk buka perbualan Kumpulan

  • Klik butang emoji. Butang ini terletak di sudut bawah kanan mesej dan anda mungkin lihat beberapa emoji yang tersedia.

  • Anda juga boleh klik pada butang menu pada sudut atas kanan mesej anda.

  • Pilih emoji daripada senarai ringkas atau klik ikon ‘tambah’ untuk pilih emoji dari set lengkap

  • Untuk buangkan emoji, anda boleh buka set emoji dan klik emoji yang telah dipilih untuk padamkannya.

Memadam mesej

Anda boleh padamkan mesej anda dalam kumpulan dengan tekan klik pada butang menu di bahagian atas kanan mesej anda dah pilih Padam.

Melaporkan & Menyekat Mesej

Anda boleh melaporkan dan menyekat mesej kumpulan jika anda klik butang menu di bahagian atas kanan mesej anda dan klik Laporkan & Sekat.

Waktu Perbualan Kumpulan

Waktu kumpulan anda adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 malam, dari Isnin ke Ahad. Mesej cuma boleh dihantar dalam tempoh ini.

Harap maklum bahawa perbualan kumpulan bukan untuk rawatan kecemasan. Sekiranya anda memerlukan bantuan kecemasan, sila hubungi 999.


Adakah ini menjawab soalan anda?